Search

WASIAT IMAM SYAFIE RA

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

http://www.itsislam.net/basics/images/prayer_stand.gif1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

http://www.ezsoftech.com/ISLAMIC/images/allahuAkbar.gif

Imam Syafie Ditangkap Dan Dirantai

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”

Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK PELAJAR SMKKSAB


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat kembali ke sekolah untuk sesi 2011 buat pelajar-pelajar SMKKSAB, tahniah kepada semua pelajar kerana dapat memulakan sesi ini dengan begitu bersemangat, diucapkan tahniah buat pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PNR 2010, dan jangan berputus asa kepada pelajar yang kurang berjaya, ianya bukan penamat untuk anda semua, teruskan berusaha untuk kejayaan dalam SPM nanti.

Diucapkan syabas dan tahniah kepada baru mendaftar tingkatan 1 sesi 2011, jadikan sek menengah ini langkah yang mencabar untuk anda semua, ketahuilah anada sekarang sudah masuk di alam yang kedua dalam siri pencarian Ilmu di sekolah.

Cikgu doakan semua pelajar di SMKSAB dapat belajar dengan baik dan menunjkukan prestasi yang meningkatan dalam dalam kurikulum juga kokurikulum.

PROGRAM PENGUKUHAN IBADAH SOLAT 2010

Ust Mokthar bin Shari sedang menyampai ceramah semasa majlis perasmian
program 24 mei 2010 di Masjid Abu Hurairah, KSAB.

Peserta mengambil wuduk di Masjid Abu Hurairah sambil diperhatikan

oleh peserta lain dan dipantau oleh guru
Penyampaian Sijil Anugerah MARJAN kepada terpilih


Khidamat bantuan rakan sebaya


Amali solat semasa program pengukuhan solat

Program Pengukuhan Ibadah Solat yang dicadangkan oleh SPI JPNJ kepada murid-murid terpilih di sekolah Negeri Johor ini telah memberikan Impak yang positif kepada murid yang terlibat, walaupun perlaksanaan program ini mempunyi sedikit kekangan dari segi masa dan tenaga guru semasa menjalankanya tetapi kesan positifnya sangatlah baik. Setiap hari GPI hendaklah memantau solat murid terlibat, ini menyedarkan pelajar yang menyertai program ini hakikatnya dirinya dipantau oleh orang lain tentang ibadah mereka, walaupun ada lagi petugas yang menjalankan tanggungjawab ini iaitu malaikat yang sentiasa menulis amalan kita.



Adalah diharapkan kepada murid yang telah terpilih ini terus mendirikan ibadah solat yang diwajibkan ini walaupun program sudah tamat, pemantauan seharusnya dilakukan oleh GPI bagi memestikan anak-anak didik kita sentiasa melaksanakan perintah Allah yang sangat penting ini.


Ust Mokthar bin Shari.
Penyelaras MAKDIS
SMKKSAB.

KEM NADWAH DAN KEPEMIMPINAN RAKAN PMR DAN SPM 2010

Satu Program "KEM NADWAH RAKAN PMR DAN SPM SMKKSAB 2010"telah diadakan pada awal cuti pertengahan semester pertama, program ini di adakan di SMKKSAB selama 2 hari satu malam anjuran Unit Dakwah Islamiah [MAKDIS] juga dengan kerjasama Unit Bimbingan dan kaunseling SMKKSAB dibawah Pn Norita binti Hj Sarmani selaku Kauselor sekolah.
Pada Amnya program ini sangat baik dan berjaya mencapai objektifnya, anadian ini berdasaar semakan analisa borang soal selidik yang telah disiapkan oleh peserta kem.
Terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini lebih-lebih lagi kaunselor sekolah Pn Norita yang banyak berusaha bagi menjayakannya.
Puan Pengetua iaitu Pn Hjh Habibah bt Dol sentiasa memberi kerjasama bagi
menjayakan program dan memberi kata semangat dan perasan kepada
calon PMR dan SPM dalam majlis ucapan penutup.
Peserta bersama salah seorang penceramah semasa majlis penutup



Peserta dan Ibupada yang hadir semasa majlis penutup


Peserta Kem khyusuk mendengan dan mengikuti ceramah
yang disampaikan oelh motivator



Tahniah dan Syabas kepada semua peserta Kem.
Ust Mokthar bin Shari.
Penyelaras Dakwah
SMKKSAB.

SAMBUTAN MAULID AR-RASUL 1431H/2010M

AJK Masjid Abu Hurairah, KSAB yang segak beruniform baru mengetuai
perarakan pada tahun ini.

Sebahagian Warga Guru SMKKSAB yang hadir semasa Maulid ar-Rasul,



Perarakan mengeliling Perumahan KSAB







Pasukan Perarakan SMKKSAB
Sambutan maulid ar-Rasul 1413H/2010M telah diadakan di MAH KSAB,Nusajaya, Johor. Program ini disambut secara bersama dengan Task Force Jabatan-jabatan kerajaan di KSAB, program dimulakan dengan acara:
  • Perarakan mengililingi perumahan KSAB.
  • Sarapan pagi.
  • Persembahan:
  • Nasyid murid SKKSAB
  • Marhaban dari pelajar SMKKSAB
  • Bacaan doa dari Ust Tn Mohd Zulkarnain bin Tuan Husin-Imam 3.
  • Ceramah agama oleh:

    Al-Fadhil As-Shikeh Ust Al-Mutalib bin Hj Abd Rahim- Qadi Daerah Segamat

    Jamuan.

Sambutan kali sangat meriah, kehadiran masyarakat sangat menggalakkan, sehinggakan nasi beriani yang disediakan tidak mencukupi, terdapat beberapa AJK yang terpaksa tak makan, nasi dah habis.

Diharapkan program ini dapat memberi kesedaran kepada Ummah Islam dalam menghayati Sunnah Rasulullah SAW.

Semoga kita semua dirahmati Allah SWT. Amin.

Ustaz Mokthar bin Shari
Penyelaras MAKDIS







PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN "IHYA' JUMAAT"






Naqib dan Naqibah Klinik Iqra' yang dilantik membimbin rakan sebaya membaca Iqra' mengikut tahap masing-masing.












Ustazah Zuraihan binti Shafiis sedang menyelia proses bimbingan Klinik Iqra oleh Naqib dan Naqibah dengan bantuan oelh beberapa orang pelajar








Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mokthar Shari setiap pagi Jumaat sebelum memulakan Tilawah al-Quran, tajuk-tajuk yang dipilih berkenan tentang motivasi pelajar, Ibadah Solat dan Isu semasa.

Ustaz Mokthar bin Shari sedang menyampaikan
tazkirah sebelum memulakan tilawah al-Quran
[Budaya al-Quran]














KLINIK IQRA' 2010


Klinik Iqra' dilaksanakan setiap pagi Jumaat seawal jam 07.15 pagi hingga 08.00 pagi di Anjung Masjid Abu Hurairah, program ini dibawah tajaan Unit Agama atau MAKDIS di bawah Penyelaras Usth Zuraihan bin Shafii dan dibantu oleh AJK yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang terpilih.


Terdapat lebih kurang 40 peserta klinik Iqra' yang dibimbing oleh Naqib dan Naqibah secara individu mengikut tahap masing-masing, Program ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas dan telah mendapat pengintirafan daripada JPNJ dalam anugerah Inovasi JPNJ tahun 2009.
Semoga program ini dapat diteruskan dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Ust Mokthar bin Shari