Search

KLINIK IQRA' 2010



Klinik Iqra' merupakan program Inovasi dibawah Panitia Pendidikan Islam SMKKSAB, program ini sudah dilaksanakan sejak beberpa tahun yang lalu, semasa penyelarasan dibawah kendalian Ustazah Zaleha binti Abdullah yang sekarang bertugas di Mersing kamudian diteruskan oleh Ustazah Siti Maisarah bt Masadi dan sekarang ini dibawah penyelaras Ustazah Zuraihan binti Shafii.

Program ini diadakan di Anjuang Masjid Abu Hurairah bermula seawal jam 07.15 pg hingga 08.00 pagi. Usth Zuraihan yang sangat kometed dengan tugas ini bertindak sebagai selaku penyelaras dibantu oleh guru-guru dan beberapa AJK dikalangan pelajar, manakala Naqib dan Naqibah dipilih dari kalangan pelajar yang mahir membaca al-Quran yang sudah diberi pendedahan semasa Kursus Nuqabah pada 12 dan 14 Januari 2010.

Manakala pesertanya merupakan pelajar yang tidak menguasai membaca al-Quran yang disaring semasa proses PnP diawal tahun. Terdapat lebih kurang 40 orang pelajar yang terlibat sebegai peserta dan dibantu oleh rakan-rakan dari Naqib dan Naqibah yang terpilih.

Semoga program ini dapat membantu dan memulihkan tahap pembacaan al-Quran dikalangan peserta Iqra'.

Pihak MAKDIS SMKKSAB mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini, semoga Allah SWT membalas atas sumbangan IKHLAS yang telah dicurahkan, amin.

Ust Mokthar Shari
Ketua Panitia PI

0 comments:

Post a Comment