Search

SOLAT HAJAT PMR & SPM SMKKSAB, 2 OKT 09


Program bacaan Yaasin dan solat hajat perdana merupakan program tahunan sekolah yang diadakan khususnya untuk pelajar PMR dan SPM yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Program ini melibatkan tiga agensi iaitu SMKKSAB, PIBG dan Masjid Abu Hurairah. Program ini telah dilaksanakan pada 2 Oktober 2009 yang bertempat di Masjid Abu Hurairah.

Antara objektif pelaksanaan program ini ialah:

  • Memohon ke hadrat Ilahi di atas kejayaan pelajar dalam PMR/SPM
  • Memberi keyakinan kepada pelajar bagi menghadapi PMR dan SPM
  • Menjalin hubungan silaturrahim di kalangan guru dan ibu bapa pelajar
  • Membiasakan pelajar dengan amalan membaca al-Quran dan solat-solat sunat
Satu program simbolik telah diadakan bagi menutup program kali ini, iaitu program yang dinamakan "Titisan Kasih". Dalam program ini pelajar dibekalkan air Yaasin dan kismis serta peralatan menulis. Ibu bapa duduk bersama anak-anak dan membaca selawat Mukhatab dan meniup ke ubun anak-anak. Selepas itu, anak-anak diberi minum air Yaasin dan disuapkan tujuh biji kismis sebagai menandakan kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.